Tuesday, 14 February 2012

ENTRI SEDIH

9 feb 2012, khamis, jam 5.45 petang
mak aku dah pergi meninggalkan aku
pergi utk selama-lamanya
menghembuskan nafas terakhir
di hadapan aku
dah xde org utk aku suap kan makanan setiap hari
dah xde org utk aku mandikan setiap hari
dah xde org utk aku jaga 
mak pergi menyusul jejak ayah 8 tahun dulu
hari ini aku mungkin sudah tiada ibu dan bapa di dunia ini
tapi mereka di sana ada aku utk mendoakan mereka setiap hari
mengalunkan ayat2 suci setiap hari
khas utk mereka
moga tenanglah dlm persemadian
alam yg berbeza tak kan menjarakkan 
doa aku sentiasa berkembang bak bunga2 selepas hujan
khas utk dua insan yg tetap hidup dalam ingatan
~alfatihah~


Saturday, 4 February 2012

cak...cak...cak...

dah lama blog ni terabai
sebab tuan dia sibuk
jaga mak yg sakit

Tuesday, 10 January 2012

Selamat Pagi Dunia!

salam! hey ya.
tajuk entri ni pun selamat pagi dunia.
tentu2 apdet blog pagi kan? muahaha.
mulakan hari anda dgn :
solat subuh, sarapan, berfikiran positif. cewah!
solat itu mmg wajib. xleh nak kata apa dah.
sarapan tu sgt2 penting.
utk bagi tenaga spy kita boleh memulakan 
hari dgn baik.
imagine sendiri la wey,
kalau pagi2 dah lesu mcm hape entah.
spoil mood sepanjang hari barangkali.
dan berfikiran positif.
semua org ada masalah dan dugaan hidup
cuma yg berbeza bg setiap org
adalah cara menanganinya.
bertabahlah!
adois~

Saturday, 7 January 2012

Ujian

seorang insan 
berhadapan dengan ujian tuhan
jangan mengeluh!
ujian itu penguat jiwa
penghapus dosa
tanda kasih Sang Pencipta 
pada hamba-hambaNya
bila diuji
bersyukurlah
itu tanda dipilih
Dia memang sengaja menguji
agar jadi insan yg tak alpa
agar jadi insan yg tak leka
dengan manisnya dunia






Wednesday, 4 January 2012

QoTD 2

May God gives you,
For every storm, a rainbow,
For every tear, a smile,
For every care, a promise,
And a blessing in each trial.
For every problem life sends,
A faithful friend to share,
For every sigh, a sweet song,
And an answer for each prayer.



Sunday, 1 January 2012

Bot dan Kasut.

sebab kau tidak berada di dalam bot aku
sebab kaki kau tidak menyarung kasut aku
sebab skrip kau tak sama dgn skrip aku
sebab buku kau x sama dgn buku aku
maka
diam lah.

Saturday, 31 December 2011

Awas!!! Entri Ini Tanpa Gambar.

Salam...
hehehe...tajuk kasi gempak.
adeiii...pening kepala la plak aku arini.
nmpknya aku bakal mengakhiri tahun 2011 dlm keadaan pening.
sbb aku pitam la pagi td. kah3....jari tercucuk duri.
ini hari terakhir thn 2011.
hari sabtu. 31 dis 2011.
ini juga entri terakhir utk tahun ini.
tiada apa yg aku harap utk tahun baru 2012 melainkan
semuanya lebih baek dr thn2 yg sblm nya. insha allah.
aku tunggu januari. hehe.
mase tu umo aku 23. haha.
23 tau!
ok.bye.